Home Dropbox Isu Jenis Model Kaedah Contoh

Kaedah

Terdapat beberapa kaedah dalam pelaksanaan kajian tindakan.

























ANALISIS PENGUMPULAN DATA













Analisis Data Temu Bual  

Data temu bual yang diperoleh perlu dibuat tranksripsi (transcription) iaitu ditaip dengan lengkap supaya memudahkan proses menganalisis.. Untuk membolehkan analisis dibuat dengan tepat, bolehlah dibuat transkripsi secara verbatim, iaitu menggunakan perkataan atau ayat-ayat yang sebenarnya diperoleh. Analisis data boleh dibuat melalui cara-cara berikut:
 i.              Analisis Secara Manual
ii.             Analisis Melalui Komputer 

 Analisis Secara Manual

Analisis secara manual boleh dilakukan dengan cara berikut:
        Baca keseluruhan transkrip temu bual bagi mendapatkan gambaran yang menyeluruh tentang apa yang dikatakan oleh orang yang ditemu bual itu;
       Baca sekali lagi dan kemudian highlight atau gariskan maklumat penting yang terdapat dalam catatan itu;
       Baca catatan tersebut sekali lagi tetapi kali ini berikan tumpuan kepada aspek-aspek yang digariskan;
       Bentuk tema yang bersesuian berdasarkan aspek-aspek yang digariskan itu; 
       Semak semula tema-tema yang dibuat dan jika perlu gabungkan beberapa tema yang mempunyai maksud yang sama agar menjadi beberapa kategori tertentu; dan
       Gabung tema dan kategori yang terdapat dan buatkan kesimpulan. 



Analisis Data Soal Selidik
Sesuatu soal selidik biasanya mengandungi dua bahagian, iaitu satu bahagian yang mengandungi item-item maklumat demografi dan satu bahagian lain yang mengandungi maklumat skala pemeringkatan (rating scale). Item demografi adalah seperti jantina, umur, kelayakan, pengalaman mengajar dan sebagainya. Item skala pemeringkaan adalah seperti persepsi pelajar tentang proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Soalan-soalan yang diwujudkan dalam sesuatu soal selidik bolehlah dalam bentuk soalan tertutup atau soalan terbuka.
Dua jenis data biasanya diperoleh, iaitu dalam bentuk nombor dan teks.  Kedua-dua jenis data ini boleh dianalisis secara manual atau melalui komputer.

a)    Analisis Secara Manual

Berikut adalah beberapa contoh daripada pelajar yang telah memberi respons terhadap soalan-soalan tertutup dalam soal selidik. Pelajar 1, 2 dan 3 telah memberi respons kepada 4 item soalan yang menyentuh tentang pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) berdasarkan skala jenis Likert 4 poin, 1 Sangat Tidak Setuju, 2. Tidak Setuju, 3. Setuju, dan 4. Sangat Setuju.




Daripada respons di atas, satu jadual pengagihan skor (rujuk Jadual 6.1) dihasilkan untuk menunjukkan kekerapan taburan respons dan nilai min terhadap sesuatu item.

Pelajar 1 di atas telah menandakan Sangat Setuju untuk Item 1, Setuju untuk Item 2, Setuju untuk Item 3 dan Sangat Setuju untuk Item 4. Berdasarkan kepada respons Pelajar 1 ini, rating yang diberikan dalam bentuk nombor boleh dipindahkan kepada Jadual 6.1 dengan menandakan simbol “/ ” pada lajur Sangat Setuju, Setuju, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju. Respons Pelajar 1 bagi Item 1 ialah Sangat Setuju atau 4. Oleh itu dalam kotak Item 1 di bawah Sangat Setuju tandakan “/ “ pada kotak bagi Item 1. Pelajar 1 menandakan Setuju pada Item 2. Oleh itu pindahkan respons ini kepada kotak Item 1 di bawah Setuju dengan menandakan “ / “. Prosedur yang sama digunakan bagi mengagihkan skor bagi Item 3 dan Item 4. Seterusnya, masukkan skor rating untuk Pelajar 2 dan Pelajar 3. Apabila selesai, Item 1 mempunyai 1 respons ( / ) untuk Sangat Setuju, 1 ( / ) untuk Setuju dan 1 ( / ) untuk Tidak Setuju. Item 2 mempunyai 1 ( / ) respons untuk Setuju dan 2 ( // ) respons untuk Tidak Setuju.
Kekerapan untuk Item 1 ialah 3 (lihat lajur Kekerapan, Jumlah Skor dan Peratusan) di Jadual 6.1. Begitu juga Kekerapan untuk Item 2 ialah 3. Untuk mendapatkan nilai jumlah skor bagi setiap kotak pada Item 1, anda mesti ambil nilai kekerapan bagi setiap kotak dan darabkannya dengan nilai skor. Sebagai contoh, hanya seorang responden menandakan Sangat Setuju (4) pada Item 1 dan nilai poin bagi kotak ini ialah 1 x 4 = 4. Begitu juga seorang responden menandakan Setuju (3) bagi Item 1 dan jumlah poin bagi kotak ini ialah 1 x 3 = 3. Seterusnya 1 responden menandakan Tidak Setuju bagi Item 1 dan jumlah poin ialah 1 x 2 = 2. Nilai-nilai skor ini ditunjukkan dalam kurungan ( ) di kotak-kotak tertentu pada Jadual 6.1. Jumlah skor bagi Item 1 ialah 9.
Kemudian, kirakan kekerapan yang ditunjukkan dalam kotak-kotak itu dalam bentuk peratusan (%). Bagi kotak Item 1 dan Sangat Setuju, kirakan peratusan dengan mengambil kekerapan dan dibahagikan dengan Jumlah Skor, iaitu (1 / 3) x 3 = 33.3%. Prosedur pengiraan yang sama digunakan untuk mengira kotak-kotak Item I dengan Setuju dan Item 1 dengan Tidak Setuju.
Untuk menentukan min bagi Item 1 anda membahagikan Jumlah skor dengan kekerapan, iaitu 9 / 3 = 3 (Min = 3.00). Prosedur yang sama digunakan untuk mengira Item 2, 3 dan 4.

Analisis respons teks terhadap soalan terbuka dijalankan dengan mewujudkan kategori-kategori respons berdasarkan tema-tema tertentu.


b)    Melalui Komputer

Analisis melalui komputer digalakkan sebab ia lebih mudah dan menjimatkan masa untuk menghasilkan output yang diperlukan. Salah satu perisian yang kerap digunakan ialah SPSS. Bahagian-bahagian berikut menghuraikan bagaimana anda boleh mewujudkan fail SPSS, memasukkan data dan menganalisis data bagi memperolehi statistik perihalan (descriptive statistics). Sebelum menjalankan analisis melalui SPSS fail data perlu diwujudkan. Dalam fail data ini, variabel-variabel perlu didefinisikan sebelum data kajian boleh dimasukkan.


p/s : rujuk manual kajian tindakan untuk mewujudkan fail SPSS dan variable. 















No comments:

Post a Comment