Home Dropbox Isu Jenis Model Kaedah Contoh

Model

MODEL KAJIAN TINDAKAN

Setiap kajian tindakan akan melibatkan dua unsur, iaitu menyelidik dan bertindak. Kedua-dua unsur ini kemudiannya dikembangkan dan diperincikan kepada model-model penyelidikan yang menjadi ikutan penyelidik tindakan.

1. Model Lewin (1946)

Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting). Proses ini bermula dengan idea secara general atau masalah yang perlukan penyelesaian . Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan merancang semula, bertindak , memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru.


Model Kajian Tindakan Lewin




Rajah 1


2. Model Kemmis & McTaggart (1988)

Model ini menekankan dan memberi penekanan kepada tinjauan praktis yang menghalangi objektif daripada tercapai. Model ini relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru boleh menggunakan langkah-langkah yang ditunjukkan pada Rajah 2. Kitaran model ini akan berkesan dan diulang sehingga masalah selesai.

Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart


Rajah 2

3. Model Somekh (1989)
Model kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu guru perlu mengenal pasti masalah atau fokus kajian yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membina hipotesis. Selepas itu guru perlu merancang pelan tindakan, melaksana pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai serta  mengenal pasti fokus penyelidikan yang baruSetiap langkah dalam model ini lebih terperinci dan sistematik. 
Model Kajian Tindakan Somekh
Rajah 3
4. Model McKernan (1991)

Menurut model McKernan, kajian tindakan melibatkan sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan, di mana setiap lingkaran mempunyai enam peringkat, iaitu mengenal pasti masalah, meninjau, menentukan fokus penyelidikan, pelaksanaan rancangan, penilaian dan refleksi, dan membuat keputusan.

Kekuatan model ini terletak pada ketetapan bahawa sesuatu penyelidikan itu diklasifikasikan sebagai kajian tindakan hanya sekiranya penyelidikan tersebut telah melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan.  Lingkaran pertama merupakan percubaan untuk pengkaji mengenal pasti situasi dan masalah untuk proses penambah baikan. Daripada kajian lingkaran pertama ini ianya dapat menghasilkan idea yang strategik. Kesan daripada kitaran pertama, pengkajai memahami perkara-perkara penting dalam kitaran pertama, dan melakukan refleksi. Daripada langkah ini, dibentuk pula kitaran yang kedua yang dibentuk dengan definisi situasi yang ditambah baik dan masalah-masalah yang berlaku dalam kitaran pertama diperbaiki.  Hal ini bermakna pendekatan yang dikemukakan oleh McKernan (1990) sangat menekankan proses membentuk perancangan dan proses penilaian semula perancangan serta membentuk semula perancangan untuk tujuan penambahbaikan. 

No comments:

Post a Comment